Tuesday, May 17, 2011

TIADA JAMINAN HARGA PETROL KEKAL

KOSMO,15 MEI 2011-AHAD

BERA-MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN, DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB BERKATA,KERAJAAN TIDAK MEMBERI JAMINAN BAHAWA HARGA PETROL AKAN TERUS KEKAL PADA HARGA LAMA JIKA HARGA BAHAN ITU TERUS MELONJAK DI PASARAN DUNIA.

"SEMUA HARGA BAHAN BERKENAAN TERMASUK MINYAK PETROL RON95, DIESEL DAN GAS AKAN DISEMAK SETIAP ENAM BULAN OLEH JAWATANKUASA RASIONALISASI SUBSIDI".


APA YANG PERLU KITA BUAT JANGAN CEPAT MELATAH JIKA INI BERLAKU.MARI MEREBUT PERLUANG YANG ADA DENGAN MELABUR KE SYARIKAT MINYAK MELALUI "CIMB WEALTH ADVISORS" NESCAYA ANDA AKAN MEMPEROLEH HABUAN SETIAP KENAIKAN MINYAK.JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!!.HAHAHA..

BEGITU JUGA DENGAN GULA YANG MERUPAKAN BARANG KEPERLUAN SEGENAP MASYARAKAT DI MALAYSIA.JANGAN DIHARAPKAN HARGA GULA AKAN TURUN SEBALIKNYA AKAN MELAMBUNG SEBELUM HARI PERAYAAN..

"MARI MELABUR WAHAI RAKYAT MALAYSIA DALAM UNIT AMANAH CIMB WEALTH ADVISORS"
"MARILAH MEREBUT PELUANG YANG ADA DI DEPAN MATA"

Sunday, April 17, 2011

MARI GANDAKAN SIMPANAN ANDA!!!..GEMPUR!!!!




Adakah anda rasa RM100k cukup bernilai apabila anda tua nanti???..Jika direnung dan dikaji secara mendalam kemungkinan nilai RM100k hanya sama nilai RM50k pada tahun 2020 keatas kerana disebabkan inflasi yang semakin meningkat..Kita tidak berupaya menyekat inflasi kerana arus pembangunan dan pemodenan..Kita hanya boleh mengikut dan mendahului inflasi dengan mengandakan simpanan kita supaya sama nilai pada masa akan datang..

Sebagai Contoh:

Zaman era 2006 harga teh tarik hanya RM0.50 tetapi sekarang sudah mencecah RM0.80..Hanya 5 tahun sudah naik 60%..Ini yang dinamakan inflasi..Gula adalah keperluan semua orang dan anda selalu merunggut sekiranya harga gula naik....hahaahaha...Mari bertindak secara bijak dengan melaburkan simpanan anda ke syarikat gula..Jika gula naik anda tidak lagi melompat kerana marah tetapi melompat kerana gembira kerana anda turut mendapat keuntungan jika harga gula naik..

"MARILAH MENJADI PENGUNA DAN RAKYAT YANG BIJAK MENCARI SERTA MEREBUT PELUANG YANG ADA DI DEPAN MATA"

'ANDA SEDIRI YANG MEMILIH LORONG YANG GELAP ATAU TERANG'

Wednesday, March 23, 2011

CIMB Wealth Advisors

KENALI LAGI MENDALAM TENTANG UNIT AMANAH....




BEKAS juara tinju dunia, Muhammad Ali pernah berkata: Mereka yang takut mengambil risiko, tidak akan menempa kejayaan dalam hidup. Sememangnya hidup ini penuh dengan risiko, namun tidak ramai yang mengetahui bahawa ada risiko boleh diurus!

Risiko yang boleh diurus antaranya adalah pelaburan dalam saham amanah. Sejak memulakan ruangan ini Ogos tahun lalu, banyak pertanyaan saya terima sama ada berbentuk pesanan ringkas ataupun e-emel bertanyakan apakah itu saham amanah. Ramai yang membuat andaian saham amanah itu hanyalah saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Amanah Saham Nasional (ASN) ataupun Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tidak ramai yang mengetahui bahawa kebanyakan institusi perbankan di negara ini turut menawarkan saham amanah.

Saham amanah adalah antara alternatif pelaburan terbaik terutama apabila matlamat pelaburan adalah untuk kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). Ini kerana saham amanah berisiko rendah yang diurus oleh pengurus dana professional, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan badan pemegang amanah seperti Amanah Raya Berhad dan industri ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Risikonya menjadi tinggi apabila pelabur tidak mempunyai masa (kurang daripada tiga tahun) kerana secara umumnya kitaran pasaran saham (merudum dan meningkat) mengambil masa antara dua ke tiga tahun untuk pulih. Jika pelabur mempunyai tempoh berkenaan, pelaburan saham amanah ini tidak berisiko langsung!

Saham amanah bukanlah skim cepat kaya (yang diharamkan kerajaan), tetapi ia adalah satu pelaburan yang sah dari segi undang-undang dan mereka yang terbabit dalam bidang ini terutama perunding saham amanahnya perlu menduduki peperiksaan khas oleh badan induk industri ini, Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FUMTM) sebelum boleh menawarkan perkhidmatan ini.

Dana amanah ini dikumpulkan secara kelompok menerusi penggemblengan modal daripada individu ataupun syarikat ini, dilaburkan oleh pengurus dana dalam pelbagai sektor ekonomi termasuk bon dan instrumen pasaran kewangan lain yang tidak mudah bagi individu kecil untuk menyertainya.

Saham amanah ini berbeza daripada pelaburan dalam pasaran saham biasa kerana dengan kadar minimum RM500, individu boleh membuat pelaburan sedangkan jika mereka membuat pelaburan dalam pasaran saham biasa, individu berkenaan memerlukan modal yang agak besar bagi membeli saham di bursa saham.

Peluang pertumbuhan dalam saham amanah ini juga jauh lebih besar dengan purata pulangan antara 10 hingga 15 peratus setahun bergantung kepada jenis dana pelaburan dipilih. Jika disimpan dalam akaun simpanan biasa ataupun simpanan tetap pulangannya antara satu ke tiga peratus dan pulangan yang rendah ini mudah terhakis oleh kesan inflasi dan cukai.

Sebilangan jenis saham amanah, modal pelabur kekal terjamin yang terikat tempoh tertentu, manakala ada dana memberi pulangan berganda menerusi tiga cabang pulangan iaitu keuntungan atas modal, dividen dan juga bonus. Kelebihan dana amanah ini adalah ia mempunyai kecairan yang tinggi, yang mana pelaburan ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa diperlukan.

Keupayaan mengeluarkan duit dalam tempoh lima hingga 10 hari waktu bekerja ini penting berbanding pelaburan saham di pasaran saham yang mana pembeli perlu menunggu harga dikehendaki baru boleh dijual.

Pelaburan saham amanah ini memang ada caj pengurusannya iaitu antara 0 hingga 6.5 peratus, namun bagi 15 dana teratas tahun lalu daripada Jun 2006 hingga Jun 2007, mampu memberi pulangan lebih 50 peratus setahun (sumber Bloomberg). Yang menarik antara 15 dana teratas itu, sembilan adalah daripada CIMB Wealth Advisors Bhd.

Jika ingin membuat pelaburan, sebenarnya mana-mana institusi pengurusan dana mempunyai kelebihan dan kekuatan sendiri dengan setiap dana itu mempunyai objektif pelaburan berbeza. Apapun jangan mudah terpedaya dengan laungan retorik ‘terbaik’ kerana berdasarkan analisis pelaburan, seperti pasaran saham setiap dana itu ada zaman turun-naiknya sendiri. Pelaburan dalam saham amanah itu perlukan kesabaran dan bukan bermatlamat untuk mendapat untung cepat.

Penting bagi pelabur untuk memahami apakah itu saham amanah dan mekanisme saham amanah itu sendiri. Sebelum membuat sebarang pelaburan, dapatkan maklumat lanjut terlebih dulu daripada perunding saham amanah bertauliah selain perkhidmatan sampingan lain yang ditawarkan. Pastinya anda tidak mahu pelaburan anda itu menyukarkan ahli keluarga membuat tuntutan tanpa penama pewaris dalam pelaburan. Justeru, buat pilihan bijak!

Apakah Makna Dollar Cost Averaging(DCA)?

DCA adalah singkatan bg Dollar Cost AveragingGunanya utk minimumkan kerugian if market down dan cptkan proses keuntungan bila market dh mula naik.Penerangan saya simple je.Saya tunjukkan contoh mcm kt bwh:-

First Investment:RM50,000
Harga seunit:RM0.50 sen
Jumlah unit:100,000 units(50,000/0.50)

Katakan lepas buat first investment sprt di atas,market jatuh smpi harga fund tu jadi 0.25 sen.Ikutkan,dah rugi separuh.Tp dgn DCA,ia akan membantu mengurangkan kerugian dan mempercepatkan keuntungan bila maret naik.Jadi konsep DCA adalah dgn menambah pelaburan sprt di bawah:-

Second Investment:RM30,000
Harga seunit:RM0.25 sen
Jumlah unit:120,000 units(30,000/0.25)

Katakan pelabur tu tambah RM30 ribu(any amount pun x pe),jd pengiraan Dollar Cost Averaging sprt berikut:-

Total investment/total units=DCA

Total Investment:RM80,000(first invsmnt + second invstmnt)
Total units:220,000 units(first invsmnt units + second invstmnt units)

DCA:80,000/220,000=0.36 sen

Jadi purata harga belian pelabur adalah 0.36 sen.Jika pelabur itu membiarkan sahaja pelaburan dan tidak membuat DCA,pelabur kena ambil masa yg lama utk tunggu invstment make profit semula.Kalau buat DCA,dgn 0.36 sen tu lagi cepat breakeven dari tunggu 0.25 sen nak ke 0.50 sen.Senang cerita saya slalu tanya client,0.36 sen lg dekat ke 0.50 ke,o.25 sen lg dekat ke 0.50 sen???Haaa...dah tentu 0.36 sen kan.So that is the concept of DCA.PERH!!!!!!...CAYA LA...